Khamis, 30 Julai 2009

Elaun Ibu Tunggal


Pemberian elaun untuk golongan ibu tunggal di negeri ini dijangka dilaksanakan tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.Beliau berkata pihaknya masih lagi belum memutuskan bentuk elaun yang akan diberikan itu dan perbincangan mengenainya sedang dibuat.“Tidak semestinya elaun itu berbentuk peruntukan kewangan bulanan dan sebagainya, tapi mungkin dalam bentuk yang lebih kreatif dan seimbang,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Karnival Wanita Anggun (Kawan) dan pra pelancaran portal e-bu di Stadium Malawati dekat sini pagi tadi.Karnival yang berlangsung hingga 3 Ogos ini dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Rodziah, pihaknya akan merangka bentuk bantuan mahupun program yang sesuai bagi golongan ibu tunggal setelah memperolehi data sebenar jumlah golongan itu.“Setakat ini lebih 12,000 ibu tunggal telah didaftarkan secara online bersama dengan Pusat Zakat dan agensi-agensi lain yang kita selaraskan,” katanya.Tambahnya, portal e-bu yang membuka pendaftaran bagi ibu tunggal itu juga mendapat maklumbalas dan kerjasama positif dari banyak pihak termasuk pejabat daerah, penghulu kampung dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).Ia juga membolehkan proses pendaftaran ibu tunggal dapat dibuat dengan cepat berbanding sistem yang dilaksanakan sebelum ini.Rodziah berkata pihaknya juga sedang merangka Pelan Tindakan Wanita Selangor yang antara lain memberi fokus kesedaran wanita dalam bidang perundangan, kesihatan dan keluarga.
Arkib. 1 Ogos 08

Tiada ulasan:

Catat Ulasan